Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

250 LAPORAN PROGRAM RAKAN PEMBIMBING (AKRAB) LEMBAGA TABUNG HAJI TAHUN 2022 PENDAHULUAN 1. AKRAB TH telah ditubuhkan pada Februari 2017 setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi pentauliahan kepada anggota TH untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan kepada anggota TH yang memerlukan bantuan. Sehingga kini, jumlah AKRAB TH adalah 55 orang meliputi seluruh negeri. 2. Penubuhan AKRAB di TH adalah bagi membantu Jabatan Modal Insan dalam meningkatkan sifat empati dan produktiviti dikalangan anggota TH. Disamping itu, secara tidak langsung dapat membantu merencana modal insan TH yang cemerlang serta membudayakan Nilai Teras TH iaitu profesional, kerja berpasukan, komited, prihatin dan penyayang serta menerima perubahan. Keberadaan Unit Kaunseling di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur juga ada menimbulkan limitasi dalam memberi bantuan awal psikologi kepada anggota yang memerlukan bantuan. Keberadaan ahli AKRAB di setiap negeri membolehkan bantuan awal diberikan kepada anggota yang memerlukan bantuan dengan lebih segera. JAWATANKUASA 3. Senarai jawatankuasa AKRAB TH adalah seperti berikut : Penyelaras : Mohammad Hanif bin Napi Pen. Pengurus Kaunseling Cawangan Pembangunan Sahsiah Jabatan Modal Insan Pengerusi : Shahrul Azam bin Noor Zeli Timbalan Pengerusi : Abdul Rahman Bin Yusoff Setiausaha : Khairunisah Binti Abdul Ralim Jawatankuasa Komunikasi : Hashim Bin Mawan (Kuala Lumpur) : Aziyawati Binti Jaafar (Perak) : Tantyjuana Binti Sidek (Selangor) : Mustafa Kamal Bin Abdul Latif (Kuala Lumpur) : Norma Binti Mat Daud (Terengganu)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy