Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

241 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) telah memberikan komitmen yang padu dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi di peringkat Negeri Pahang. Kefungsian AKRAB SUK Pahang di peringkat jabatan dan agensi diiktiraf sepenuhnya oleh pengurusan tertinggi Pentadbiran SUK Pahang. Perlaksanaan intervensi bimbingan dan program psikopendidikan adalah sentiasa dipantau oleh Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Pahang bagi memastikan capaian perkhidmatan adalah berkualiti tinggi dan menepati keperluan penjawat awam masa kini. Ilmu dan kemahiran ahli AKRAB SUK Pahang sentiasa ditambahbaik sejajar dengan keperluan agar Ahli AKRAB dapat memberi sesi kauseling dengan lebih berkesan.. Ahli AKRAB SUK Pahang buat masa ini terdiri daripa pegawai Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) bagi Negeri Pahang yang sememangnya mempunyai keperluan bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan psikologi kepada penjawat awam Negeri Pahang. Fokus utama AKRAB Pentadbiran SUK Pahang adalah memastikan kesejahteraan psikologi penjawat awam negeri ini adalah stabil dalam meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy