Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

240 MESYUARAT Pra Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi AKRAB Tahun 2022 telah diadakan pada 28 Januari 2022 di Bilik Mesyuarat Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Tujuan diadakan mesyuarat adalah bagi membincangkan hala tuju AKRAB Pentadbiran SUK Pahang dan merancang perjalanan program bagi tahun 2022 untuk memantapkan lagi AKRAB SUK Pahang. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB - Membantu ahli AKRAB meneroka kemahiran-kemahiran asas kaunseling. - Membincang kajian kes yang dilaksanakan oleh Ahli AKRAB dalam memainkan peranan sebagai ahli AKRAB di jabatan masing-masing. - Memberi pendedahan ilmu asas kaunseling kepada ahli AKRAB supaya dapat melaksanakan sesi bimbingan dengan lebih baik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy