Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

236 diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi sumber inspirasi kepada rakan AKRAB yang yang lain untuk terus menyumbang khidmat kepada warga kerja. Selain dari itu, aspek promosi akan digiatkan lagi untuk menyebar luas maklumat peranan rakan AKRAB kepada seluruh warga kerja jabatan. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Selaras dengan hasrat Pengurusan Tertinggi untuk membudayakan keseimbangan kerjaya dan peribadi (worklife balance), peranan AKRAB dilihat penting dalam membantu warga kerja ke arah mencapai kesejahteraan psikologi pada tahap yang optimum. Walaupun peranan tersebut dilihat kecil, tetapi kesannya amat besar terhadap kelangsungan kesejahteraan modal insan di dalam sesebuah organisasi. Penghargaan dan sokongan yang jitu daripada pihak Pengurusan Tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi motivasi kepada ahli AKRAB supaya terus memberikan perkhidmatan “membantu” kepada mereka yang memerlukan. AKRAB telah berkerjasama erat dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi dalam memperjuangkan kesejahteraan modal insan penjawat awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy