Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

235 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan perlu memperbanyakkan lagi program mengenai kemahiran kaunseling kepada ahli AKRAB agar dapat mengasah dan meningkatkan lagi kompeten ahli. Ahli AKRAB yang lebih berpengalaman dan Pegawai Psikologi boleh memberi pendedahan kes sebenar kepada ahli AKRAB agar ahli AKRAB dapat meningkatkan kemahiran membimbing. Perkara ini juga dapat meningkatkan lagi keyakinan ahli AKRAB untuk menjalankan sesi bimbingan bersama rakan sekerja. Dalam usaha untuk menambahbaik pelaksanaan aktiviti AKRAB di peringkat Negeri, Unit Psikologi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan selaku penyelaras akan meningkatkan kerjasama dengan dengan pihak berkepentingan terutama ketua-ketua Jabatan dan pengurus sumber manusia untuk menyokong aspirasi pelaksanaan AKRAB disemua peringkat. Antara perkara yang akan diberi penekanan ialah; i. Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih kukuh dengan semua pihak berkepentingan dan sesi perbincangan berterusan supaya pihak pengurusan memahami peranan yang boleh dimainkan oleh rakan AKRAB dalam membantu agensi menguruskan sumber manusia ii. Latihan peningkatan kompentensi secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran rakan AKRAB sejajar dengan keperluan semasa. iii. Memperkasakan peranan AKRAB dengan pengembelingan sumber secara maksimum untuk memberi impak secara langsung kepada warga kerja di jabatan. Pengiktirafan terhadap rakan AKRAB dan jabatan yang meyokong pelaksanaan AKRAB akan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy