Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

232 PROGRAM KELIMA Program Lawatan ke Pusat Jagaan Anak-Anak Autism Negeri Sembilan telah dilaksanakan pada 20 Januari 2022 bertempat di Louis Center for Children with Special Needs, Seremban. Seramai 10 orang ahli AKRAB dan Unit Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan terlibat dalam lawatan ini. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan strategik dengan agensi-agensi berkaitan kebajikan (non-profit organization) untuk mendapatkan pengalaman dalam meningkatkan kefahaman berkaitan keperluan khas bagi anak-anak istimewa dan memberi pendedahan kepada ahli AKRAB dalam membantu keluarga atau klien yang perlu menangani kanak-kanak berkeperluan khas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy