Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

230 PROGRAM PERTAMA Program Pemantapan AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah dijalankan pada 24 April 2022 bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri. Program ini melibatkan seramai 89 orang ahli AKRAB dari pelbagai jabatan di bawah pentadbiran ini. PROGRAM KEDUA Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-26 Tahun 2022 telah dilaksanakan pada 27-28 September 2022 bertempat di Klana Resort, Seremban. Persidangan ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajan Negeri Sembilan dan AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang melibatkan seramai 400 orang Pegawai Psikologi/Pegawai Sumber Manusia/Ahli AKRAB daripada pelbagai kementerian dan 50 orang Pegawai Sumber Manusia Jabatan Negeri & Ahli AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. YB Dato‘ Dr Razali bin Ab. Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyampaikan satu slot Bicara Psikologi bertajuk H.E.R.O di Tempat Kerja: Amalan dan Budaya Kerja Kondusif. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama AKRAB Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy