Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

220 pelaksanaan mesyuarat ini adalah bagi melantik Jawatankuasa AKRAB serta menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan tugasan ahli AKRAB. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 13 orang ahli AKRAB ini merupakan perintis awal bagu Program AKRAB pentadbiran ini. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan bagi Program AKRAB akan dilaksanakan melalui cadangan seperti berikut: i. Menambah jumlah keahlian dengan menfokuskan kriteria yang sesuai disamping menekankan kesediaan dan minat pegawai untuk menjadi ahli AKRAB. ii. Mewujudkan pengiktirafan atau anugerah bagi ahli AKRAB yang komited dan aktif menjalankan bimbingan atau terlibat dengan program jabatan. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis mula dilaksanakan pada tahun 2022. Kesemua 13 orang ahli AKRAB ini merupakan perintis atau pioneer bagi program AKRAB pentadbiran ini. Pada peringkat awalnya, terdapat sebahagian kecil warga organisasi yang tidak mengetahui akan kewujudan ahli AKRAB di jabatan mereka. Selain itu, terdapat juga ahli AKRAB yang masih kurang berkeyakinan untuk memperkenalkan diri mereka sebagai ahli AKRAB dan ini menyebabkan peranan mereka tidak diketahui oleh warga organisasi, dan ia sekaligus ,mewujudkan sedikit kekangan dalam aspek menyampaikan perkhidmatan bimbingan kepada warga organisasi mereka. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah bertindak proaktif dan mengambil inisiatif dengan mewarwarkan senarai nama ahli AKRAB beserta gambar mereka di samping menyatakan peranan mereka sebagai ahli Objektif sebaran maklumat ini adalah bagi mempromosikan perkhidmatan ahli AKRAB. Poster ini telah diemelkan kepada seluruh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy