Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

216 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Pentadbiran ini mencadangkan supaya pentauliahan baru Ahli AKRAB perlu dibuat oleh JPA seperti sebelum ini. 2. Dimohon pihak JPA untuk menyelaras kembali pemakluman aktiviti dari MAK iaitu perlu melalui surat jemputan kepada jabatan yg menyelaras. Hal ini supaya dapat mengurangkan tohmahan kepada Ahli Akrab dan juga penyelaras dapat memberi maklumbalas yg cepat/tepat jika ada sebarang persoalan. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berkerjasama erat dan sentiasa menyokong untuk memperkasakan Psikologi & Kaunseling walau menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Ahli AKRAB sentiasa komited dan berdedikasi untuk sentiasa ke hadapan dan meninggikan mutu perkhidmatan sebagai Ahli AKRAB.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy