Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

200 PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DAN PEMBANGUNAN PERSONEL AKRAB BERSAMA WARGA KPPK TAHUN 2022 WAY FORWARD AKRAB KPPK TAHUN 2023 Secara keseluruhannya, Program AKRAB KPPK bagi tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang dengan komitmen yang tinggi oleh semua ahli AKRAB KPPK. Ahli AKRAB telah menjalinkan kerjasama erat dengan Unit Latihan dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kelab Sukan dan Kebajikan KPPK, Unit Integriti KPPK dan PUSPANITA KPPK dalam mengembleng tenaga bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan agar warga KPPK mendapat manfaat yang sewajarnya sekali gus mengekalkan keseronokan bekerja dan mengurangkan tekanan kerja seharian. Sebagai penambahbaikan program AKRAB bagi tahun 2023, beberapa program baharu telah dicadangkan seperti Program Pengukuhan Pasukan (Team Building) bagi mengeratkan ukhuwah antara ahli AKRAB KPPK dan Agensi, membuka penyertaan keahlian AKRAB CARE dan mengadakan Hari Terbuka AKRAB KPPK. Ini adalah selaras dengan peranan AKRAB sebagai pemangkin kepada perkhidmatan psikologi dan kaunseling di KPPK bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi warga kementerian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy