175 5.2 Sesi Perkongsian Penulisan Laporan AKRAB Siri 1 dan 2 Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan Sesi Perkongsian Penulisan Laporan AKRAB bagi Ahli AKRAB Kementerian Wilayah Persekutuan pada 19 Januari 2022 dan 11 Februari 2022 dan bertempat di Ruang UPPsi, Aras 2, Blok 2, Menara Seri Wilayah. Sesi Pengkongsian ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli AKRAB penulisan laporan AKRAB yang baik dan sistematik. 5.3 Bimbingan Kelompok AKRAB: Kod Etika Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan perbincangan bagi penyelarasan Kod Etika Ahli AKRAB Kementerian Wilayah Persekutuan pada 22 Februari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Sentosa, Aras 1, Menara Seri Wilayah. Penyelarasan Kod Etrika dilaksanakan adalah dalam melaksanakan peranan sebagai ahli AKRAB, individu perlu mengamalkan etika tertentu supaya kepercayaan pihak lain terutamanya rakan sekerja terhadap AKRAB dapat dipertingkatkan. Seramai 12 orang ahli AKRAB yang menghadiri Bimbingan Kelompok AKRAB: Kod Etika ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy