170 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Menjadikan Persidangan AKRAB KPWKM sebagai acara tahunan bagi menghimpunkan seluruh ahli AKRAB KPWKM bagi perkongsian ilmu dan pengalaman. 2. Menghasilkan Pelan Strategik AKRAB KPWKM tahun 2023 - 2027 bagi memastikan halatuju AKRAB KPWKM dilaksanakan dengan terancang dan berimpak tinggi. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN AKRAB Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah berkerjasama erat bersama Unit Pengurusan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dalam memperkasakan sokongan Psikologi & Kaunseling kepada seluruh warga Kementerian. Tahun 2022 merupakan tahun pembangunan AKRAB KPWKM dalam pelbagai aspek seperti pemerkasaan ahli AKRAB dari aspek ilmu kemahiran dan sahsiah diri. Dalam mendepani cabaran pasca pandemik masa kini, AKRAB KPWKM akan terus memperjuangkan kesejahteraan psikologi modal insan penjawat awam terutama sekali kepada seluruh warga KPWKM.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy