162 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Kementerian MITI & Agensi telah berkerjasama erat dan memperkasakan Psikologi & Kaunseling serta mendapatkan pengiktirafan dari pihak atasan dalam memperjuangkan kesejahteraan modal insan penjawat awam melalui pelbagai programyang telah dianjurkan. Selain itu, ia menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri serta penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Pasukan AKRAB bertindak dengan ikhlas, semangat dan penuh kerjasama sertabersatu hati bagi mencapai ketenangan, keharmonian dalam kehidupan dan kemanusiaan dengan membantu warga yang di belenggu masalah. Sehubungan itu, kecemerlangan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahlinya. Ini adalah kerana tanpa komitmen, Rakan Pembimbing pastinya berasa tertekan, keliru dan terbeban dengan tugas-tugas harian serta peranan sebagai rakan pembimbing. Pembentukan AKRAB dalam organisasi adalah diharapkan dapat membantu pembentukan kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi serta membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan program transformasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy