Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

133 PROGRAM OUTREACH AKRAB JABATAN KERJA RAYA TAHUN 2021 INTAN WILAYAH TIMUR, TERENGGANU Program Outreach AKRAB JKR 2022 anjuran JKR Daerah Kemaman dengan kerjasama AKRAB JKR Malaysia telah berlangsung dengan tema Dinamik Teguh Bersama yang menekankan kepentingan psikologi dan bimbingan emosi dalam keprihatinan membina semangat kerja yang produktif dikalangan warga kerja disamping memperkenalkan AKRAB JKR Malaysia kepada warga kerja itu sendiri. Seramai 70 warga kerja JKR Daerah Kemaman telah turut serta bagi menjayakan program ini. Kekuatan sesebuah organisasi itu terletak pada kerjasama dan sokongan dari segi psikologi warga itu sendiri dan AKRAB telah merealisasikannya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah motivasi, ujian psikometrik Parenting Style, numerology dan sesi bimbingan kelompok graf kehidupan. STESEN AKRAB @ SAMBUTAN HARI PSIKOLOGI KKR 2022 PERKARANGAN BILIK TANJUNG, TING.6, BLOK A, KEMENTERIAN KERJA RAYA Pameran AKRAB KKR dan Agensi telah dilaksanakan sempena Sambutan Hari Psikologi KKR 2022 pada 18 Oktober 2022 bertempat di Bilik Tanjung Tingkat 6, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pameran AKRAB ini juga telah dilawati oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Wira Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman selaku perasmi bagi Sambutan Hari Psikologi KKR 2022 (HiPsy’22). Antara aktiviti yang dijalankan adalah ujian psikometrik, mind booster games, braille Quiz, numerology, konsultasi keibubapaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy