94 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Jabatan Hasil daripada pemerhatian, pemantauan laporan buku Pementoran, laporan penilaian berkala Pementoran dan laporan penilaian pre-post mentor/menti daripada 15 orang mentor dan 19 menti yang terlibat, mendapati perhubungan Pementoran memberi impak yang positif bagi kompetensi profesional, budaya, sosial dan personel. Pelaksanaan Program Pementoran Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2021, telah berjaya ditamatkan di mana ianya membuka satu lembaran baru dalam mewujudkan suasana pemindahan ilmu, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif dengan pematuhan kepada etika perhubungan Pementoran. Program ini dapat mengintegrasikan antara keperluan pegawai dan matlamat organisasi. Selain itu, program ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam pembentukkan modal insan kelas pertama melalui penguasaan aspek-aspek kompetensi profesional, sosial, budaya dan personel. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mentor/menti dan Urus Setia membantu merealisasikan Program Pementoran ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy