89 5. Program ini dijalankan mengikut modul dan garis panduan yang telah dibekalkan. Pihak penyelaras mengambil inisiatif untuk mengadakan platform perjumpaan rasmi berkala secara maya bersama para mentor dan menti memandangkan situasi pendemik. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan pandemik Covid 19 sedikit sebanyak memberi kesan dalam pelaksanaan program pementoran. Perjumpaan tidak rasmi antara mentor dan menti dijalankan mengikut kesesuaian waktu masing-masing dan dicatatkan laporan melalui aplikasi mengikut kesesuaian. Program pementoran ini juga memberi manfaat kepada organisasi, mentor dan menti. Melalui program ini, mentor dapat menimba pengalaman dan dapat meningkatkan keyakinan diri, motivasi diri bagi kemajuan kerjaya mereka sendiri. Aktiviti bimbingan yang dijalankan dapat membangunkan kecekapan dan meningkatkan peranan kepimpinan mentor. Hubungan kerja positif dapat meningkatkan produktiviti organisasi. PELAKSANAAN PEMENTORAN KPM NORMA BAHARU
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy