Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

6 FALSAFAH Pementoran adalah anugerah yang perlu dikongsi bersama. Ia merupakan perhubungan yang mampu memberi makna dalam masa yang sama mentor dapat berkongsi pengalaman sendiri dalam melahirkan menti yang matang sewaktu proses perkembangan diri. Kematangan ini terhasil melalui pemindahan pengalaman dalam perhubungan yang berstruktur. Melalui perhubungan yang sinergetik ini, menti dapat memantap dan menjelmakan keperibadian mentor sebagai asas dalam pembentukan keperibadian diri melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. ETIKA Perhubungan sesi pementoran berlaku secara profesional. Perhubungan boleh dilakukan secara bersemuka dan tidak bersemuka. Sesi pertemuan secara bersemuka akan dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan mentor dan menti. Lokasi pertemuan juga adalah di tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Jawatankuasa Penyelaras Program Jabatan. Manakala perhubungan secara tidak bersemuka dengan menggunakan teknologi perhubungan seperti talian telefon dan internet, biasa diamalkan untuk proses penyampaian maklumat dalam pementoran. Kedua-dua bentuk perhubungan secara bersemuka atau tidak adalah terikat denganperaturan, kesantunan budaya dan nilai-nilai keagamaan yang dianuti. Walau bagaimanapun terdapat juga isu ‘dual relationship’ akan berisiko berlaku antara mentor dan menti kerana dalam perhubungan pementoran juga melibatkan elemen perkongsian emosi. Aktiviti seperti mengambil berat dan memberikan dorongan akan berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan menti yang sama jantina wajar diberikan keutamaan bagi mengurangkan risiko ini. Di samping itu, mentor dan menti perlu dilatih untuk sentiasa mematuhi etika, tanggungjawab dan kesedaran tentang matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy