77 mentor. Antara strategi yang digunakan ialah pengurusan masa secara optimum melalui perhubungan berterusan melalui telefon, whatsapp, email, pendekatan muafakat dan saling bekerjasama untuk mencapai objektif program. Program ini wajar diteruskan untuk memantapkan kemahiran dan kecemerlangan warga Jabatan serta meningkatkan prestasi organisasi selaras dengan misi program iaitu melahirkan lebih banyak pegawai yang mempunyai kepakaran dalam Jabatan serta mewujudkan networking dikalangan pegawai. Walau bagaimanapun, program ini boleh ditambahbaik agar ketiga-tiga aspek penting iaitu attitude (sikap), skill (kemahiran) dan knowledge (pengetahuan) dapat dikuasai sepenuhnya oleh menti yang terlibat. Urus setia Program Pementoran sentiasa bersedia mengambil tindakan terhadap cadangan penambahbaikan bagi memastikan program ini relevan dengan misi dan visi Kementerian. Secara keseluruhannya, menti berjaya merintis jalan ke arah mencapai tahap kompetensi yang disasarkan dengan cemerlang melalui bantuan dan bimbingan mentor. Pelaksanaan program pementoran KSM akan diteruskan pada masa hadapan sebagai satu mekanisma pembangunan kompetansi pegawai sejajar dengan inspirasi Kementerian untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy