Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

76 ii) MESYUARAT PENYELARASAN DAN BENGKEL PEMANTAPAN PEMENTORAN KSM Dalam memastikan pelaksanaan program pementoran KSM berjalan dengan lancar dan memberikan munafat kepada mentor dan menti, pihak urus setia telah melaksanakan dua kali mesyuarat penyelarasan bersama mentor dan menti untuk melihat dan menilai isu yang berbangkit sepanjang sesi pelaksanaan program ini. Setiap isu yang berbangkit telah diambil tindakan segera oleh pihak urus setia supaya peserta program meneruskan sesi pementoran dengan lancar dan teratur. Pihak urus setia juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perkongsian dari pakar untuk mengupas topik yang releven dengan skop pementoran. Aspek penyeliaan dalam pementoran antara topik yang telah diberikan semasa sesi perkongsian ini. 5. ULASAN KESELURUHAN PENYELARAS KEMENTERIAN Pelaksanaan Program Pementoran KSM pada tahun 2021 yang bermula dari bulan Mac sehingga September 2021 telah berjalan dengan lancar. Sepanjang tempoh perlaksanaan program ini mentor dan menti dapat memberikan kerjasama yang baik antara satu sama lain. Mentor didapati telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memberi bimbingan dan mengenal pasti jenis kompetensi dan kecenderungan menti dengan menetapkan matlamat yang perlu dicapai. Mentor yang dilantik dikalangan AKRAB mempunyai keyakinan yang tinggi untuk membimbing menti supaya mereka dapat mengikuti program dengan jayanya. Secara amnya menti akan berada di landasan yang betul. Walaupun menghadapi masalah kekangan masa akibat bebanan tugas hakiki, menti dapat menguruskan masa dengan bijaksana serta memenuhi sesi pertemuan dengan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy