Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

75 i) BENGKEL KEJURULATIHAN MENTOR MENTI Pelaksanaan Program Pementoran KSM 2021 telah dilaksanakan bermula pada bulan Mac sehingga September 2021. Program pementoran KSM Tahun 2021 berfokus kepada pegawai lantikan baharu daripada pelbagai skim yang ditempatkan di Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian. Bagi melancarkan pelaksanaan program pementoran ini, satu siri bengkel kejurulatihan dan taklimat telah dilaksanakan Pada 22 hingga 23 Mac 2021 secara dalam talian. Pelaksanaan program pementoran pada tahun ini melibatkan seramai 45 peserta yang terdiri daripada 21 mentor da n 24 menti. Mentor yang dipilih merupakan dikalangan rakan AKRAB KSM yang telah dikenal pasti berdasarkan kesesuaian dan berdekatan dengan lokasi menti bertugas. Melalui pelaksanaan bengkel kejurulatihan ini, peserta telah didedahkan dengan tatacara pelaksanaan, keadah pertemuaan, etika pementoran dan cara pelaporan yang perlu dilengkapkan oleh menti sepanjang tempoh sesi pementoran dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy