Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

72 6. Maklumbalas peserta dan cadangan penambahbaikan Melalui laporan berkala dan borang maklumbalas program pementoran tahun 2021, Mentor dan Menti bersetuju bahawa Program Pementoran ini mampu memberikan impak yang baik bagi proses kerja Menti. Justeru itu, program pementoran ini haruslah diteruskan pada masa akan datang. Penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi Program Pementoran akan datang sepertimana yang telah dipersetujui oleh YBhg. Datuk Rahimi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan (TKSU KP) sebagai mentor pada program kali ini adalah seperti berikut: a) Menerbitkan buku berkaitan “Pementoran Jarak Jauh” bagi rekod rasmi Kementerian dan; b) Menjadikan kajian dan pengaplikasian Pementoran Tahun 2020/2021 sebagai panduan untuk menjalankan sesi pementoran jarak jauh pada masa hadapan 7. Rumusan Secara keseluruhannya, Program Pementoran Tahun 2020/2021 telah berjaya dilaksanakan walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19. Program yang dirancang telah diadakan dalam pelbagai teknik bagi membolehkan proses tunjuk-ajar dan perkongsian pengalaman dapat dijalankan di tahap yang optimum.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy