67 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Program Pementoran bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air merupakan kali pertama diadakan pada Tahun 2021. Program ini dimulakan dengan mengadakan Program Training of Trainer (TOT) Pementoran yang dijalankan pada 23 hingga 24 Mac 2021. Seramai 41 orang pasangan mentor dan menti terlibat pada peringkat awal tetapi terdapat kekangan seperti berlaku pertukaran dan sebagainya menyebabkan hanya 32 orang pasangan mentor dan menti yang berjaya menamatkan program pementoran ini. Peserta – peserta yang terlibat merupakan pegawai lantikan baru dan baru bertukar masuk ke KASA. Oleh kerana program ini dijalankan semasa perintah kawalan pergerakan ianya diadakan sepenuhnya secara atas talian. Mesyuarat penyelarasan program pementoran turut diadakan secara atas talian. Sepanjang mesyuarat ini diadakan sebanyak 3 kali, semua pasangan mentor dan menti memberi komitmen yang tinggi dan menyertai setiap mesyuarat tersebut. Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh setiap pasangan mentor dan menti, ianya menunjukkan perkembangan yang positif yang mana semua menti
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy