64 Secara keseluruhannya, pelaksanaan program pementoran memberi impak kepada pasangan mentor dan menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Majoriti mentor dan menti yang dilantik memberikan komitmen yang tinggi hingga berjaya menamatkan program pementoran ini dengan jayanya. Program ini membantu menti meningkatkan motivasi dan minat terhadap kerjaya, membantu proses penyesuaian diri dalam iklim organisasi serta membangunkan kemahiran dan potensi diri menti. Selain itu, pihak urusetia juga akan meningkatkan usaha-usaha ke arah penambahbaikan program pementoran ini seperti penyelarasan perjumpaan atau mesyuarat pementoran yang konsisten agar memudahkan mentor dan menti mendapat panduan yang lebih baik dalam pelaksanaan proses pementoran di samping memberikan keutamaan pemadanan mentor dan menti dari kalangan bahagian yang sama agar memudahkan proses pementoran dijalankan bagi mentor memantau perkembangan menti. Diharap penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 akan menjadikan program ini lebih efektif dalam mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi demi pembangunan kendiri individu dan organisasi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy