Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

3 PENGENALAN PEMENTORAN PENDAHULUAN Pementoran merupakan satu pendekatan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika bagi pembangunan diri menti) manakala menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personel dan profesional seseorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Pementoran adalah selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia yang menekankan elemen bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan. Melalui pekeliling ini, aplikasi psikologi dalam intervensi turut diberi penekanan bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai, terutamanya pegawai yang baru dilantik dalam perkhidmatan awam atau pegawai yang baru dinaikkan pangkat ke sesuatu jawatan. Program Pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang baru dilantik dan dinaikkan pangkat. Pementoran terbuka kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang memenuhi kriteria sebagai mentor dan menti. Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seseorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan seharian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy