Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

52 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Penyerahan Kit Pementoran kepada mentor menti. Mesyuarat Berkala Kedua telah diadakan pada 23 Jun 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi google meet. Agenda mesyuarat kali ini adalah perkongsian Amalan Terbaik (Best Practices) Pementoran Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada En. Johari bin Md Salim, Kaunselor MARA dan En Mohd Badrul bin Mohamad, Pegawai Psikologi KETSA. Program Kecemerlangan Mentor Menti telah berjaya diadakan pada 27-29 Julai 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi Microsoft Teams yang dikendalikan oleh Trainer Green Explorer Resourses. Seramai 24 orang di sertai bersama Mentor dan Menti di KPLB. Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan walaupun program team building julung kali diadakan secara dalam talian. Hampir 90 peratus aktiviti yang dilaksanakan adalah sama dengan aktiviti secara fizikal.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy