Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

49 Pementoran juga telah dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet atau Zoom Meeting. Bahan-bahan perbincangan untuk tujuan pelaksanaan sesi secara atas talian juga turut dibekalkan bagi memudahkan pasangan Mentor dan Menti meneroka topik yang boleh diulaskan semasa sesi. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Pementoran KPDNHEP Tahun 2021 mencatat satu titik bersejarah di mana program pementoran yang dijalankan secara fizikal selama ini telah mengambil pendekatan baharu dan mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan sepanjang pelaksanaan Program Pementoran di KPDNHEP. Bagi menetapkan hala tuju KPDNHEP dalam pelaksanaan Program Pementoran 2022, pihak urus setia akan melaksanakan kajian impak secara teliti selepas tamatnya Program Pementoran tahun 2021 pada 15 Disember 2021 untuk mengkaji keberkesanan dari segi empat (4) kompetensi utama dan juga kesan program ini ke atas organisasi dan juga perhubungan pementoran secara amnya. Pihak urus setia juga bercadang untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli pementoran serta barisan urus setia yang menggunakan capaian Google Form ini sama ada kemudahan ini adalah membantu ke atas kelancaran pelaporan setiap sesi serta pengumpulan data dalam mengemaskini setiap sesi yang telah dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy