Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

2 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Bahagian Pengurusan Psikologi telah dapat menyediakan Laporan Tahunan Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2021. Laporan ini merupakan koleksi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 oleh mentor dan menti di kementerian, jabatan dan SUK. Tujuan laporan ini dikeluarkan adalah untuk memberi ruang kepada kementerian, jabatan dan SUK untuk melaporkan aktiviti-aktiviti pementoran yang dijalankan. Laporan ini juga membantu pihak Jabatan untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti serta memudahkan penyelarasan. Pada keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan di peringkat kementerian, jabatan dan SUK amat membanggakan dengan melibatkan pelbagai lapisan peringkat pegawai. Ini jelas membuktikan bahawa mentor menti bukan sahaja dapat membangunkan diri, malah dapat menaikkan nama organisasi. Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam lebih menumpukan kepada pemantapan kompetensi kemahiran membimbing di kalangan mentor sedia ada. Adalah diharapkan agar Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi serta mentor menti dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam membantu Jabatan dan pihak Kerajaan khususnya dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan. Justeru itu, semua pihak haruslah memainkan peranan secara proaktif agar matlamat untuk memperkasakan kecemerlangan organisasi akan tercapai. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua mentor dan menti sekalian. Salam Hormat. YBHG. DATO’ PAUZAN BIN AHMAR

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy