44 Terbaik dan Anugerah Pasangan Mentor Menti terbaik telah diumumkan semasa majlis tersebut. Berdasarkan kepada analisis penilaian pra dan pasca Program Pementoran, didapati bahawa berlaku peningkatan terhadap keempat-empat kompetensi yang dimentorkan daripada skala “baik” kepada skala “cemerlang”. Kesimpulannya, Program Pementoran ini sangat sesuai dan efektif dilaksanakan khususnya dalam membantu proses penyesuaian penjawat awam baharu atau yang bertukar masuk. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para mentor dan menti menjadi pemangkin terhadap kejayaan pelaksanaan program ini. Sokongan dan peranan yang dizahirkan oleh pihak pengurusan tertinggi Kementerian juga sangat penting dalam menyuntik semangat para peserta dalam menjayakan Program pementoran ini.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy