Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

43 Program Pementoran Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sesi 2020/2021 telah dilaksanakan bermula pada 1 April 2021 sehingga 10 September 2021. Program Pementoran ini melibatkan seramai 24 orang mentor yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan 24 orang menti yang terdiri daripada penjawat awam baharu yang baharu melaporakan diri dan bertukar masuk ke Kementerian ini. Sebagai persediaan program, Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan sesi taklimat awal kepada wakil dari setiap bahagian bagi menerangkan hasrat pelaksanaan program ini dan juga mewara-warakan tentang peranan dan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Program Pementoran. Pada 1 April 2021 bertempat di Dewan Perdana Nur,KPWKM, satu sesi latihan (Training of Trainers) telah diadakan bersama mentor sebagai persediaan sebelum proses pementoran sebenar bermula. Pada sebelah petang pula para mentor dipertemukan bersama menti bagi sesi suai kenal. Satu majlis Perasmian Program Pementoran juga telah diadakan pada 12 April 2021 yang dirasmikan oleh YBhg. Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian. Pada majlis yang sama juga, YBhg. Dr. Ketua Setiausaha turut sudi menyampaikan sijil pelantikan kepada mentor dan menti yang terlibat. Menyedari tentang situasi pandemik COVID-19 semasa, medium komunikasi dan pelaksanaan sesi pertemuan program pementoran juga turut berubah daripada kaedah bersemuka kepada kaedah pertemuan secara maya. Sepanjang Program Pementoran berlangsung para peserta turut dipantau menerusi aplikasi Whatsapp, e-mel dan telefon. Sebagai tanda penghargaan kepada para mentor dan menti yang sentiasa menunjukkan komitmen dan daya usaha yang jitu, satu Majlis Anugerah Pementoran secara maya telah diadakan pada 21 Oktober 2021 bersempena Hari Psikologi KPWKM tahun 2021. Tiga (3) kategori Anugerah Pementoran iaitu Anugerah Mentor Terbaik, Anugerah Menti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy