Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

1 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam di atas inisiatif dan usaha mengumpul aktiviti-aktiviti Pementoran untuk dibukukan sebagai Laporan Tahunan Pementoran bagi tahun 2021. Program Pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang. Pelaksanaan Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam telah menjangkau usia sebelas tahun bermula pada tahun 2008 hingga kini. Bagi menyelaraskan Program Pementoran di kementerian, jabatan dan SUK, pihak Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010, iaitu Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Selaku Role Model, mentor perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta baik budi pekertinya dalam melaksanakan tugasan harian dan hal-hal kebajikan seiring dengan hasrat kerajaan dalam RMK12. Menti juga perlu mempunyai sikap ingin dibimbing dan sedia untuk menimba ilmu daripada mentor mereka agar dapat menjadi pekerja yang berdedikasi dalam pekerjaan. Dengan wujudnya Program Pementoran, diharapkan akan dapat membantu usaha kerajaan untuk melahirkan Penjawat Awam yang berprestasi tinggi dan bersedia untuk melakukan perubahan. Selamat Maju Jaya. YBHG. DATUK MOHD KHAIRUL ADIB ABD. RAHMAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy