Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

33 5. Ulasan Penyelaras Kementerian Program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2021 ini dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 2010. Program pementoran Kementerian Kerja Raya kali ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri dari 15 mentor dan 15 menti dari pelbagai Bahagian di Kementerian Kerja Raya. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19, Program Pementoran pada tahun ini telah dilaksanakan melalui kaedah atas talian (online) yang memfokuskan kepada kakitagan yang baru melaporkan diri ke Kementerian Kerja Raya. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat beberapa aspek yang membantu melancarkan lagi program ini. Ini bermula daripada pemadanan secara rasmi diantara Mentor dan Menti secara maya beserta aku janji yang ditandatangani oleh para peserta dan dimuat naik melalui aplikasi google form. Program Pementoran diadakan khas untuk tujuan membina kepercayaan dan hubungan teras dan pemahaman prosedur telah dijalankan dengan lebih mendalam di dalam program ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Kerja Raya juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pautan google form bagi tujuan pelaporan kemajuan menti serta penilaian peserta bagi memudahkan para mentor dan menti untuk menghantarkan laporan mereka kepada urusetia Program Pementoran KKR. Laporan berkala setiap dua bulan dihantarkan secara konsisten mengikut jadual. Berdasarkan laporan yang diterima pula, didapati mentor-mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan menti masing-masing. Mentimenti juga telah menunjukkan peningkatan di dalam kompetensi personal dan kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan walaupun terpaksa berhubung dengan mentor melalui kaedah atas talian sepanjang program berlangsung. Ini menjadikan pementoran sebagai satu medium pengajaran melalui teladan yang membantu pegawai-pegawai baru mengikut teladan yang baik dan efektif. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor dan menti menunjukkan budaya kerja positif dan murni di dalam pelaksanaan program ini. Nilai tolong-menolong dan perkongsian ilmu pengetahuan yang dijalankan memberi impak di dalam kerja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy