Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

23 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian : Program Pementoran MOSTI merupakan satu inisiatif bagi membantu warga kementerian dan agensi/jabatan agar lebih berkemahiran demi memajukan diri dan organisasi. Semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama dan berusaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pelaksanaan Program Pementoran pada tahun ini agak mencabar atas penularan pandemik COVID-19. Namun, ini tidak menjadi halangan untuk mentor menti dalam melaksanakan aktiviti perhubungan ini. Melalui program ini, mentor berpendapat bahawa menti mempunyai potensi diri yang baik dan menampakkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial. Menti pula dapat membangunkan potensi kerjaya masing-masing dan meningkatkan daya saing, berinovatif dan kreatif dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Perhubungan yang wujud di antara mentor dan menti dapat menggalakkan pembudayaan pembelajaran secara berterusan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy