Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

19 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Bengkel Pengukuhan Pementoran pada awalnya telah dilaksanakan pada 16 Mac 2021 sehingga 18 Mac 2021 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Bengkel tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka dengan mengadaptasi norma baru dan melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Penceramah jemputan merupakan Pegawai Psikologi yang telah ditauliahkan daripada JPA untuk menyampaikan slot ceramah Pementoran iaitu Puan Rosmani binti Che Draman, Pegawai Psikologi dari Kementerian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Majlis Penyerahan watikah Sijil pelantikan Mentor Menti telah disampaikan oleh Encik Yuswan bin Yunus, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 18 Mac 2021 kepada semua mentor menti yang terlibat. Berakhirnya Bengkel Pengukuhan Pementoran maka bermula pula tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mentor dalam membantu perkembangan diri menti manakala menti perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada kepakaran dan pengalaman mentor. Mentor akan menjalankan sesi bimbingan mengikut lima (5) fasa bersama menti selama enam (6) bulan yang akan berakhir pada 31 Ogos 2021. Secara keseluruhannya, program pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pegawai di bawah seliaan. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk membangunkan dan memantapkan lagi kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar dapat membantu warga kementerian lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy