196 Program Pementoran ini bukan sahaja telah dijadikan standard dokumen dan petunjuk indikator, malah ianya turut dijadikan suatu asas dan tanda aras bagi melonjakkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dalam Program AKRAB dan Program Pementoran ke arah kecemerlangan dalam Pengurusan Sumber Manusia. Oleh yang demikian, bagi memantapkan pelaksanaan Program Pementoran MBSJ Tahun 2021/2022 selaras dengan kehendak Modul Pentadbiran SetiausahaKerajaan Negeri Selangor dan pelaksanaan Modul Kursus Pengupayaan Kendiri, Program Pementoran MBSJ Tahun 2021/2022 ini diadakan bagi melengkapkan modul dan instrumen Program Pementoran selain bertujuan bagi menepati objektifpenghasilan Standard Kualiti serta pemberian penghargaan dan pengiktirafan. Sehubungan dengan itu, Ahli AKRAB MPSJ turut bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada Mentor dan Menti bagi memberi pendedahan kepada para peserta dalam aspek kaunseling dan psikologi. Ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan membentuk aspek kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial para peserta.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy