Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

186 dan 18 orang menti telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran siri pertama 2020 2021 ini. Sebagai persediaan dalam melaksanakan Program Pementoran, Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) PTSB telah mengadakan Taklimat Pengurusan Program Pementoran PTSB yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi PTSB sendiri. Seterusnya UPPsi sekali lagi sebagai penyelaras Program Pementoran PTSB telah mengadakan Bengkel TOT Pementoran dan Majlis Pentauliahan Pementoran PTSB Siri 1 yang telah diadakan pada 23 Disember 2020. Setelah itu, satu bengkel pementoran yang melibatkan semua mentor telah diadakan bagi berkongsi dan membekalkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh para mentor. Sepanjang tempoh program pementoran PTSB dijalankan terdapat seorang mentor yang telah bertukar keluar dari PTSB dan seorang mentor juga telah pun berpencen. Sepasang mentor dan menti juga tidak berjaya menghabiskan sesi pementoran atas faktor kesihatan yang dialami oleh menti tersebut. Program pementoran PTSB juga agak tersasar tempoh pelaksanaannya disebabkan pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di PTSB sendiri diikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Sementara itu, bagi tujuan pengujian hipotesis wujudnya perbezaan skor sebelum (pre) dan selepas (post) program permentoran diadakan sebagai pembuktian wujudnya pembelajaran melalui pelaksanaan program ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t sampel berpadanan/pengukuran berulangan (paired sample t-test). Analisis ini digunakan bagi membuat perbandingan nilai min antara dua skor ke atas sampel yang sama. Keputusan analisis adalah signifikan dengan nilai t = -17.13, df = 23 dan p<0.000. Wujudnya perbezaan Impak Keseluruhan Pelaksanaan Program Permentoran peserta sebelum dan selepas program permentoran diadakan iaitu nilai min sebelum latihan adalah 136.13 dan selepas latihan 153.25. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa pelaksanaan program permentoran ini memberi impak melalui peningkatan secara keseluruhan kompetensi para peserta program.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy