Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

181 Patawali, Puah Inn. Bengkel TOT Pementoran tersebut telah dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi selaku penyelaras Program Pementoran. Di dalam bengkel tersebut, semua peserta telah diberikan taklimat pementoran oleh penyelaras dan turut dibekalkan dengan Kit Pementoran yang mengandungi Buku Log Mentor! Menti dan Buku Garis Panduan Pementoran. Para peserta juga turut diberikan jadual pelaksanaan program pementoran ini bagi memudahkan pasangan mentor menti membuat perancangan pertemuan mentor menti mengikut tempoh yang ditetapkan oleh PTSS. Jadual perbatuan pengurusan program pementoran tahun 2021 adalah seperti di Lampiran 1. Semua mentor dibimbing dengan berpandukan modul yang dibekal oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Mesyuarat berkala melalui dalam talian juga dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu yang dibawa oleh mentor sepanjang mengendalikan pementoran. Mesyuarat berkala pementoran PSMZA telah di jalankan sebanyak dua kali iaitu pada 16 Jun 2021 dan 16 Ogos 2021 secara dalam talian. Mentor akan membuat perbentangan berkaitan pertemuan yang dijalankan antara mentor dan mentee serta isu-isu yang ingin dibincangkan. Antara isu yang dibangkitkan semasa dalam mesyuarat berkala adalah seperti berikut: 1. Kekangan perjumpaan dan aktiviti bersemuka kerana PKP dan semua bekerja dari rumah. 2. Terdapat menti yang memerlukan bimbingan yang lebih berfokus dalam proses pengajaran. 3. Aktiviti bersama menti agak terhad kerana semua secara dalam talian termasuk proses pengajaran dan pembelajaran. Program pementoran Berjaya ditamatkan pada 15 September 2021. Semua mentor menghantar penilaian dan setiap pasangan mentor dan menti memberi maklumbalas yang baik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy