176 sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan ini. Ini menjadikan pementoran sebagai satu medium pengajaran melalui teladan yang membantu pegawai-pegawai baru mengikut teladan yang baik. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor dan menti juga telah menunjukkan budaya kerja positif dan murni dalam pelaksanaan program ini. Nilai tolong menolong dan perkongsian ilmu pengetahuan yang dijalankan memberi impak dalam kerja harian. Mereka juga aktif bertanya kepada pihak penyelaras program tentang isu-isu atau persoalan yang perlu diselesaikan bagi menjayakan program ini. Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan dalam Perkhidmatan Awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan oleh anggota Perkhidmatan Awam
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy