175 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran ini dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 2010. Program pementoran di Politeknik Banting Selangor ini melibatkan 8 orang mentor dan 11 orang mentee. Program pementoran di Politeknik Banting Selangor bermula dengan Kursus Traning of Trainer (TOT) Pementoran yang diadakan pada 22 Februari 2021 bertempat di dewan kuliah mini Kursus Traning of Trainer (TOT) Pementoran. TOT ini dilaksanakan untuk memberi pemahaman kepada peserta pementoran dalam melaksanakan perhubungan pementoran serta memberi pendedahan berkaitan dengan penggunaan buku log pementoran serta beberapa borang yang perlu dilengkapkan sepanjang proses perhubungan pementoran ini (selama 6 bulan). Program Pementoran pada tahun ini memfokuskan kepada kakitagan yang baru melaporkan diri ke Politeknik Banting Selangor, kakitangan yang baru naik pangkat dan juga terdapat juga kakitangan yang baru bertukar masuk ke Politeknik Banting Selangor. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat beberapa aspek yang membantu melancarkan lagi program ini. Ini bermula daripada pemadanan secara rasmi diantara Mentor dan Menti beserta aku janji yang ditandatangani oleh para peserta. Program Pementoran diadakan khas untuk tujuan membina kepercayaan dan hubungan teras dan pemahaman prosedur telah dijalankan dengan lebih mendalam di dalam program ini. Berdasarkan laporan yang diterima pula, didapati para mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan menti masing-masing. Para menti telah menunjukkan peningkatan dalam kompetensi personal dan kompetensi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy