Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

171 Hasil daripada program ini, mentor dan menti telah memperoleh beberapa manfaat. Bagi menti, mereka memaklumkan hasil daripada program pementoran yang dijalankan, mereka dapat: • belajar cara mengawal tekanan di pejabat, • meningkatkan tahap prestasi pencapaian kerja, • menambahbaik hubungan antara pegawai atasan dan pegawai bawahan, • dapat mempelajari cara menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, • dapat memahami cara pengurusan organisasi yang baik, dan • mempunyai keyakinan diri yang lebih baik. Sementara itu, mentor pula memberikan maklum balas berikut selepas Program ini selesai dilaksanakan: • mentor lebih bertanggungjawab untuk membantu dan memberi dorongan kepada menti dalam urusan kerja di samping menjadi contoh teladan yang baik buat menti, • mentor lebih bertanggungjawab mengenalpasti kelebihan/kekuatan dan kompetensi diri menti, dan • mentor berasa seronok apabila melihat perubahan positif menti dan apabila menti menunjukkan pencapaian prestasi kerja yang lebih baik. Diharapkan program pementoran akan datang dapat melibatkan lebih ramai mentor dan program akan dapat berlangsung dengan lebih baik dengan komitmen daripada mentor dan menti. Program ini diharapkan dapat memberikan kesan positif kepada lebih ramai menti dan mentor yang terlibat dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam mengendalikan latihan personel, meningkatkan produktiviti staf di samping dapat menggerakkan organisasi ke arah pembelajaran berterusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy