Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

166 Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini telah menfokuskan kepada empat dimensi iaitu Kompetensi Profesional, Kompetensi Budaya, Kompetensi Peribadi dan Kompetensi Sosial. I. Kompetensi Profesional diaplikasikan apabila mentor telah berkongsi pengalaman, kemahiran dan kecekapan kepada menti. Contohnya, Teknik pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan norma baharu iaitu pembelajaran diatas talian serta sistem yang digunapakai yang perlu menti mahir untuk menggunakannnya seperti SPMP. II. Kompetensi Budaya merujuk kepada budaya kerja yang diamalkan oleh warga POLISAS memandangkan menti adalah pegawai lantikan baru dalam perkhidmatan. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami. III. Kompetensi Peribadi terserlah bakat dan potensi diri menti apabila diberi ruang dan sokongan yang sewajarnya. Walaupun menti adalah pegawai baru tetapi telah diberi pelbagai tugas sampingan untuk dikendalikan. IV. Kompetensi Sosial melibatkan interaksi, komunikasi dan pergaulan dengan rakan sekerja dan masyarakat. Menti telah dapat menyesuaikan diri dan menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan sekerja dan juga terlibat dengan program-program yang melibatkan institusi dan industri Secara keseluruhan, Program Pementoran ini berjaya dilaksanakan berdasarkan penilaian perhubungan pementoran. Mentor telah memberikan maklumbalas yang positif terhadap empat kompetensi iaitu Kompetensi Personal, Kompetensi Budaya Kerja Kelas Pertama Organisasi, Kompetensi Profesional dan Kompetensi sosial. Pada awalnya kompetensi menti adalah di tahap sederhana iaitu perlu lebih banyak penambahbaikan dan pembelajaran supaya tahap pencapaian menti menjadi lebih cemerlang. Melalui perjumpaan berkala iaitu sebanyak 12 sesi dan pengisian pertemuan yang efektif antara mentor dan menti, di akhir program kompetensi menti meningkat dan cemerlang. Menti telah menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan serta peningkatan sifat kepimpinan, kreativiti dan kepatuhan dalam menjalankan tanggungjawab.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy