Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

165 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Pementoran merupakan aktiviti memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada menti. Antara objektif program ini adalah membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam meningkatkan prestasi kerjaya dan psikososial serta meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan professional Program Pementoran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah telah dilaksanakan bermula pada 18 Februari 2021 dan telah tamat dengan jayanya pada 24 September 2021. Seramai 8 Mentor dan 8 menti telah menyertai program ini. Pemadanan mentor menti telah dilaksanakan berdasarkan kriteria berikut iaitu: a. Pemadanan mentor dan menti adalah daripada skim yang sama b. Jurang gred jawatan antara mentor dan menti tidak terlalu jauh dan bersesuaian c. Mentor bukan penilai pertama menti dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bengkel TOT pementoran telah dilaksanakan pada 25 Februari 2021 secara atas talian iaitu melalui aplikasi Google Meet. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi selaku penyelaras Program Pementoran. Dalam bengkel tersebut, peserta telah diberikan taklimat pementoran oleh penyelaras program serta dibekalkan dengan Kit Pementoran yang mengandungi Buku Garis Panduan Pementoran, Buku Log dan borang-borang penilaian. Para peserta juga turut diberikan jadual pelaksanaan program pementoran sebagai panduan kepada mentor dan menti, juga sebagai perancangan pertemuan agar tempoh masa pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak urusetia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy