Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

161 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah dilaksanakan bermula 7 Disember 2020 dan telah tamat dengan jayanya pada 31 Mei 2021. Seramai 15 orang mentor dan 21 orang menti telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran pada kali ini. Di mana seramai 28 orang merupakan pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 8 orang pegawai daripada Kumpulan Pelaksana. Sebagai langkah persediaan menghadapi Program Pementoran, Unit Pengurusan Psikologi PSMZA telah menganjurkan Bengkel TOT Pementoran pada 7 Disember bertempat di Bilik Seminar ULPL, PSMZA. Bengkel TOT Pementoran tersebut telah dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi selaku penyelaras Program Pementoran. Di dalam bengkel tersebut, semua peserta telah diberikan taklimat pementoran oleh penyelaras dan turut dibekalkan dengan Kit Pementoran yang mengandungi Buku Log Mentor/ Menti dan Buku Garis Panduan Pementoran. Para peserta juga turut diberikan jadual pelaksanaan program pementoran bagi memudahkan pasangan mentor menti membuat perancangan pertemuan mentor menti mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian. Sepanjang Program Pementoran dilaksanakan, 3 kali mesyuarat berkala telah diadakan bagi tujuan mengetahui perkembangan setiap mentor dan menti yang terlibat serta isu berbangkit PSMZA juga telah menghantar 4 calon bagi kategori Mentor dan 2 calon bagi kategori Menti bagi Pencalonan Anugerah Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2021. Walaubagaimanapun, 1 Orang calon Mentor dan 1 Orang calon Menti telah terpilih bagi Pembentang Akhir bagi pemilihan Anugerah Pementoran kategori Mentor dan Menti Sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Tahun 2021. Pihak pengurusan PSMZA sentiasa memberikan sokongan dan Kerjasama yang jitu sepanjang program pementoran ini dillaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy