Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

156 Peserta program terdiri daripada staf-staf akademik dan staf bukan akademik. Menti terdiri daripada staf lantikan baharu dan yang baru dinaikkan pangkat, manakala Mentor terdiri daripada staf-staf senior yang lebih berpengalaman dan secara sukarela untuk menjadi Mentor. Ada Mentor yang membimbing seorang Menti dan ada juga Mentor yang sukarela membimbing 2 orang Menti. Penilaian secara keseluruhan bagi program pementoran kali ini adalah memuaskan. Maklum balas yang pelbagai telah diterima daripada kesemua peserta. Menti memberi penilaian yang jujur yang memperlihatkan kesan positif program ini kepada diri dan kerjaya mereka. Pelbagai cadangan penambahbaikan yang membina turut diutarakan untuk dinilai dan diguna pakai oleh pihak penganjur atau penyelaras dalam memantapkan lagi pelaksanaan program seumpama ini kemudian hari. Akhir sekali, kejayaan program pementoran ini juga adalah hasil kerjasama semua pihak terutamanya pihak pengurusan tertinggi Politeknik Kota Kinabalu yang prihatin dan sentiasa memberi kebenaran dan sokongan padu untuk memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar. Semoga segala ilmu, pengalaman, kemahiran dan manfaat yang diperolehi daripada program ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua peserta untuk memajukan diri dan meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing pada masa akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy