Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

152 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Pasir Salak pada tahun 2020/2021 melibatkan pegawai-pegawai lantikan baru, pegawai naik pangkat dan pegawai baru berpindah. Pelaksanaan program pementoran ini bertujuan untuk: i) membimbing pegawai baru yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial; ii) meningkatkan kemahiran dan kecekapan pegawai dalam aspek personel sosial, budaya dan profesional; dan iii) membina keperibadian tinggi, meningkatkan imej dan reputasi di kalangan pegawai baru. Dari segi pelaksanaan, pemadanan yang dilakukan di antara menti dan mentor yang dipilih adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Laporan Berkala setiap dua bulan dihantar oleh mentor secara konsisten mengikut jadual yang telah dirancang. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran juga diadakan bertujuan 4 memantau pelaksanaan program pementoran dan membincangkan isu-isu mentor menti yang dihadapi sepanjang program dijalankan. Berdasarkan laporan yang diterima daripada mentor, menunjukkan perkembangan yang positif di kalangan menti masing-masing. Semua telah menunjukkan peningkatan di dalam kompetensi personal dan kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan. Menti juga menunjukkan sikap positif dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan berusaha memperbaiki diri. Selain itu, menti juga dilihat lebih berkeyakinan dalam melaksanakan tugas dan prestasi kerja turut meningkat. Melalui pemantauan yang dijalankan, mentor dan menti menunjukkan komitmen tinggi dalam pelaksanaan program ini walaupun mempunyai tugas hakiki. Penerapan nilai-nilai murni dalam setiap sesi pementoran yang dijalankan memberi impak positif dalam pelaksanaan tugas harian menti. Berdasarkan Borang Penilaian Perhubungan Pementoran yang diberikan kepada mentor dan menti pada awal dan akhir program dapat dilihat perubahan positif menti selepas enam (6) bulan program pementoran dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy