Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

136 Gambar Mesyuarat Pementoran Siri 1 2020/ 2021 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pada keseluruhannya, Program Pementoran bagi Tahun 2020/ 2021 yang telah dirancang telah terhenti seketika disebabkan pengumuman PKP oleh pihak kerajaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Ini menyebabkan program terpaksa di tangguh sehingga keadaan kembali pulih. Mesyuarat pementoran Siri 1 2020/ 2021 diadakan pada 22 Mac 2021 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat, Paras 45 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KOMTAR). Peserta program bagi Tahun 2021 telah memberikan komitmen yang sangat tinggi serta turut memberikan maklum balas yang sangat positif. Seramai 34 Mentor dan Menti (17 Pasangan) telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri dari Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun. Mentor program ini terdiri daripada pegawai yang senior dalam jabatan yang telah berkhidmat selama 3 tahun pengalaman. Manakala Menti pula merupakan seorang pegawai yang memerlukan bantuan dalam perkembangan diri, kerjaya dan penyesuaian dalam kehidupan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy