Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

133 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Secara keseluruhannya, Program Pementoran telah dijalankan dengan jayanya pada tahun 2021. Program ini melibatkan seramai 72 orang mentor dan 83 orang menti yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari pelbagai jabatan di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. Kursus bagi mentor dan menti telah dilaksanakan mengikut modul Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan telah disampaikan oleh Puan Norhayati binti Muhamad, Pegawai Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan secara atas talian melibatkan 3 slot. Selain itu, modul kepimpinan bagi mentor juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran memimpin mentor. Modul ini telah disampaikan oleh Encik Surenthiran Pillai A/L Venayagam Pillai, Penolong Pengarah, Kluster Psikologi Organisasi, JPA secara bersemuka sebanyak 2 slot. Di akhir kursus, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Masri Bin Razali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Program pementoran diteruskan walaupun arahan Bekerja Dari Rumah dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Mentor dan menti telah memberikan komitmen yang baik dalam memastikan program ini mencapai objektif yang ditetapkan. Kajian keberkesanan program pre dan post telah dilaksanakan menunjukan nilai min=5.33 daripada 6. Hasil kajian keberkesanan program pementoran terhadap organisasi, mentor, menti dan perhubungan pementoran menunjukan nilai min = 5.37 daripada 6. Pelbagai usaha penambahbaikan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan memberi impak tinggi kepada organisasi. Program Pementoran dan modul kepimpinan ini perlu diteruskan secara atas talian. Kelompok konsultasi (kepimpinan) perlu dilaksanakan sebanyak 2 bulan sekali melalui atas talian, group whatsapp dan telefon. Fokus pementoran juga perlu dilaksanakan kepada pegawai yang baru dinaikan pangkat mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy