Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

128 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Pada tahun 2021, Cawangan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan siri program pementoran yang melibatkan 31 orang mentor dan 31 orang menti. Kursus pementoran dilaksanakan secara atas talian bagi mengekang penularan Covid-19. Pemilihan mentor adalah berdasarkan kepada pengalaman bertugas dan penempatan menti, manakala menti merupakan pegawai lantikan baru yang melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Cawangan Khas. Semua pasangan mentor dan menti telah berjaya menjalani proses program pementoran bermula pada Mac 2021 hingga Disember 2021. Keperluan dokumen pelaporan telah dikemukakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keberkesanan program dinilai berdasarkan borang penilaian pementoran iaitu borang pre dan post. Dapatan kajian impak program pementoran menunjukan peningkatan positif keberkesanan pelaksanaan program melibatkan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial. Ini menunjukan bahawa sepanjang program pementoran dilaksanakan, mentor telah dapat membantu menti dalam meningkatkan kompetensi yang dinilai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy