Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

124 Menti, yang mana Menti dapat menyerap kompetensi-kompetensi yang ada pada Mentor. Dengan peningkatan kompetensi itu, bermakna proses perhubungan pementoran di antara Mentor dan Menti telah berjaya mencapai matlamatnya. Melalui maklum balas yang diberikan oleh pihak Mentor, perjalanan (perhubungan) program ini lancar dan menti memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam pelaksanaannya. Antaranya; a. Menti menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat memuaskan dan keyakinan diri semasa berurusan dengan pelanggan, rakan sekerja dan pegawai atasan. b. Menti mempunyai semangat untuk memajukan diri, sikap tanggungjawab yang tinggi dan bersedia menerima perubahan dan mempunyai inisiatif yang tinggi. Program ini merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara Mentor dan Menti di mana Mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara Menti dapat mempelajari ilmu nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan. Secara keseluruhannya, program Pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan di kalangan anggota perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy