Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

123 b. Bengkel Training of Trainers Program Pementoran telah disampaikan oleh Encik Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff, Ketua Cawangan Psikologi, Bahagian Pengerusan PKPMP. 5.Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Program Pementoran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) Tahun 2021 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut prosedur dan modul yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia; Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005; dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010. Di samping itu juga mendapat kerjasama dari pihak Pegawai Sumber Manusia, Mentor dan Menti. Secara keseluruhannya Program Pementoran PKPMP telah dapat meningkatkan kemahiran/ kompetensi dan amalan kerja di tempat kerja; amalan bimbingan dalam pementoran telah menambahkan kefahaman menti terhadap kerja; dan keberkesanan program/ aktiviti yang dilakukan oleh Mentor memberikan motivasi kerja kepada Menti. Pencapaian bagi kempat-empat kompetensi menunjukkan peningkatan pada kompetensi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy