Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

120 Bagi tahun 2021, Program Pementoran MAFI dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Taklimat pementoran melalui Training of Trainers (TOT), Program Pemantapan dan Majlis Penutup dilakukan secara maya. Perjalanan program tidak terjejas walaupun berlangsung dalam musim pendamik. Tambahan pula, dokumentasi pementoran MAFI yang menggunakan medium Google Drive membolehkan semua mentor dan menti mengakses dokumen tidak kira di mana mereka berada. Perhubungan pementoran antara mentor dan menti bukan sahaja berlaku secara bersemuka, tetapi juga melalui teknologi maya (virtual, emel dan telefon). CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Bagi meningkatkan keberkesanan Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada masa depan, maka beberapa perkara perlu diberi penelitian agar pelaksanaannya lebih berkesan dan mencapai objektif. Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut : i. Sasaran peserta program diwajibkan kepada pegawai kenaikan pangkat dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional; dan ii. Modul Program Pementoran di dalam HRMIS perlu diaktifkan memandangkan pemantauan laporan pementoran menggunakan kaedah online adalah lebih memudahkan mentor dan menti juga penyelaras di kementerian/ jabatan/ agensi. PENUTUP Program Pementoran MAFI bagi tahun 2021 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peserta dan memberi impak yang positif terhadap perkembangan kerjaya mentor dan menti. Kejelekitan yang dapat wujud dalam tempoh enam (6) bulan pelaksanaan program ini diharap dapat diteruskan dalam membentuk budaya kerja berpasukan yang harmoni. Diharap dengan adanya program seumpama ini dapat memberi panduan dan ilmu baru kepada pegawai lantikan baru hasil perkongsian ilmu dan pengalaman dari mentor yang dilantik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy